Wednesday, January 12, 2011

HILANG SYUKUR APABILA DAPAT NIKMAT

Minggu ni tidaklah sesibuk seperti minggu lepas,aktiviti fizikal pun akan bermula minggu depan.Ahhhh dpt juga aku membuat sedikit coretan.....
Boleh berasa sedih dan tak selesa oleh musibah,tapi jangan pula hilang syukur apabila dapat nikmatnya.Kebiasannya macm tulah manusia,bila tersepit baru teringat....hidup ini macam-macam.Kalau tak macam-macam bukan hidup namanya.Apa saja yang kita nak buat,kalau memang kita nak buat jalan akan ada untuk kita.Samalah juga dengan seperti orang yang kalah perang bukan yang betul-betul tewas di medan perang,tapi orang yang langsung takut  nak pergi perang.Keajaiban zaman kini bukan sang kelambai sumpah pelanduk jadi batu,tapi kita jem berbatu-batu,jem oleh benda yang sama,dan pada waktu yang sama.Bila kita senang mulalah kita lupa atau terlupa bersyukur padanya,kekayaan bukan semestinya duit,adakalanya kekayaan itu hati.Kita kena sentiasa rasa bagus supaya tindakan kita jadi bagus.Kita kena sentiasa rasa hebat sekali supaya matlamat kita sentiasa hebat.Kalau betul cintanya,seluruh tindakan akan jadi betul,kalau silap cintanya,diri jadi rosak...dan yang paling penting bersyukur seadanya.

Assalamualaikum............

No comments:

Post a Comment

Komen yang membina adalah kebaikan untuk semua,tq