Wednesday, December 29, 2010

Selamat datang piala AFF suzuki kemalaysia...............

Gembira tidak terkira....jawapan telah diketahui,adat pertandingan semestinya ada yang kalah dan menang.Alhamdulillah,berkat doa dari seluruh rakyat MALAYSIA,dan kesungguhan anak buah rajagopal,akhirnya kemenangan berpihak kepada malaysia.29hb disember 2010 bersamaan hari selasa,adalah hari bertuah buat kita.Tahniah kepada barisan pemain yang telah berjaya menjalankan tugas masing-masing.Shafee Sali,andalah merupakan pemain,penyerang dan penjaring(PPP)terbaik negara,tahniah sekali lagi.

Assalamualaikum....................,

Debaran semakin kencang...dubdub...dubdub...bunyi jantungku...............

Dubdub..dubdub...,bunyi Jantungku setiap kali indonesia menyerang.Dari dalam bilik bacaanku,aku memerhatikan saja perlawanan antara malaysia dan indonesia live dari kaca tv 1.Degupan jantungku bertambah kencang apabila sepakkan penelti diberikan kepada pasukan indonesia"aduh...habislah kali ni"suara hatiku berbisik."Yahuuu sepakan penelti indonesia tidak masuk"tanpa aku sedari aku menjerit dari dalam bilik menyebabkan isteriku terus memandang sambil tersenyum."abg kalau ia pun janganlah jerit kuat sangat,terkejut anak-anak nanti"kata isteriku disusuli dengan senyuman yang manis.Anak perempuanku yang baru berusia 1 tahun 9 bulan,terus terjaga dari buayan...,agaknya terkejut dengan teriakkan ku sebentar tadi.

Sengit betul perlawanan dan agak seimbang,kedua-dua pasukan saling berbalas sarangan.Sorakan penyokong menghangatkan lagi suasana perlawanan,waduh.Seawal minit pertama perlawanan,kamera sempat menunjukkan ada pancaran laser berwarna hijau yang terus disuluh kemuka penjaga gol malaysia.Apakah ini sememangnya budaya mereka,jenis yang berdendam?Walhal merekalah yang memulakan dulu Tsunami laser ini.Separuh masa pertama telah pun tamat,diharapkan separuh masa kedua nanti pasukan boleh mempertajamkan dan memantapkan lagi sarangan untuk mencipta gol.Kedua-dua pasukan sememangnya mahukan kemenangan,tetapi setiap pertanding mesti ada kalah atau menang.Tapi aku tetap mengharapkan kemenangan berpihak kepada malaysia,negaraku....hehehe.


Assalamualaikum....................,