Saturday, January 8, 2011

Catatan awal tahun 2011

Diawal tahun 2011 ini agak sibuk jugalah,pelatih program latihan khidmat negara(PLKN) kump 1 siri 8 2011 baru melapor pada 2hb jan 2011.Seramai 370 pelatih berbilang bangsa,berbagai daerah juga yang berasal dari semenajung telah melapor untuk menjalani latihan PLKN.Seperti pelatih-pelatih yang lepas juga,ada diantara pelatih yang berwajah muram,resah,takut,sedih dan sebilangan kecil para remaja sahaja yang berwajah gembira.Resah kerana berada ditempat baru,takut kerana tidak tahu lagi apa akan berlaku,sedih kerana ada sebilangan remaja ini yang baru pertama kali berjauhan dengan keluarga dan gembira kerana bertemu rakan baru.

Berbagai kata-kata yang keluar dari mulut pelatih,agak melucukan juga sebab kebanyakkan perkataan yang didengar,jauh dari apa yang mereka sangkakan.Mereka menganggapkan yang mereka akan direkrutkan seperti tentera.Hahaha,lucu betul gelagat mereka.Sehinggakan ada seorang pelatih tu berkata kepada rakannya,"PLKN...(penatlah kau nanti"),dalam hatiku berkata"ehehe,pelatih lapor kerana negara"(PLKN).

Assalamualaikum.