Monday, December 27, 2010

Pancaran laser menggangu pemain.

Piala suzuki,perlawanan pusingan pertama diantara malaysia menentang indonesia telah pun berakhir dimana pasukan malaysia mengalahkan pasukan indonesia dengan jaringan 3-0.Ini bermakna pasukan malaysia berada dizon selamat,hanya memerlukan keputusan seri atau 1-0 dan piala suzuki akan berada dinegara malaysia.Tahniah kepada pasukan bola malaysia serta semua rakyat malaysia yang telah menunjukkan mutu sokong yang padu.

Sepak mula masa kedua,kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol.Perlawanan telah tertangguh lebih kurang 7 minit kerana penjaga gol indonesia(Marcus)ketika sepakan percuma yang telah diberikan kepada pasukan malaysia,membuat bantahan kepada pengadil yang mengatakan,ada gangguan pancaran lancer terus kematanya.Ketegangan berterusan apabila penjaga gol indonesia mengajak rakan-rakannya keluar padang dan engan meneruskan perlawanan.Wah...gimik sungguh si marcus,agaknya pasukan indonesia dah tahu yang mereka akan kalah lantas membuat alasan dan bertindak meninggalkan padang.

Bila hati sudah bicara....

Rampuengseng sumbetilom.Mula la nak merapuh bila duduk seorang-seorang dalam bilik bacaan ni.Entah tak tau nak buat apa,akhirnya aku terfikir nak bermadah...apa bermadah?Bermadah ke nak merapuh ni?"ah detik hatiku"bermadah ke,merapuh ke lantaklah.Maka jari-jariku mula mencari huruf-huruf diatas keypad latopku ini dan otakku pun mulalah memberi kata-kata yang aku sendiri tidak merancangkannya.Akhirnya terhasilah coretan ini.


Bila hati sudah bicara,cinta berputih kian menyuluh.Buta hati, senduk dan sudip tidak dapat dibezakan,bahagia sendiri menangis dikaki langit.Meraung simpati tidak berbalas.Langkah disusun tersandung tiada siapa menoleh"hati mula bicara inikah yang dikatakan nasib badan"teratak usang mula terbayang,mengenang nasib sang pencinta yang didusta.Lantas sujud bertafakur,hanya padamu ya rab cinta sebenar-benarnya.