Sunday, December 26, 2010

Rumahku sesak................

Alhamdulillah,hari ini aku menerima tetamu..syukur.Tetamu yang mengunjungi kami sekeluarga bukanlah orang lain,tetamu itu adalah kakak iparku bersama suami dan dua orang anaknya.Anak lelaki ku yang sememangnya nakal kini bertambah nakal dengan kehadiran sepupu-sepupunya.Bukan sahaja kakak iparku sekeluarga yang datang,malahan adik iparku yang kini berkerja dikk(kota kinabalu) bersama dua orang rakannya turut hadir.Sambil minum petang mulut tidak berhenti bercakap,bertanyakan kahbar maklumlah sudah agak lama juga tidak berjumpa.Suasan rumahku riuh bukan sahaja yang dewasa ini bercerita,malahan si kecil turut bercerita.

Dalam kesoronokan melayan,terdetik dihatiku...waduh,betapa kecilnya rumahku ini.Dengan kehadiran keluarga yang tidaklah begitu ramai terasa ruang yang ada agak penuh.Fikiranku mula melayang dan membayangkan sebuah rumah yang lebih besar dan lebih mewah,insyallah.Tiba-tiba aku tersentak dari hayalanku apabila mendengar suara isteriku memanggil-manggil memberi isyarat yang mee goreng berserta telur mata kerbau akan dihidangkan."ah potong la isteriku ini"kataku dalam hati sambil tersengeh berlalu ke dapur.Ya allah berikanlah rezeki kepada insanmu ini,amin.