Assalamualaikum, dalam ruangan ini sorotan secara ringkas salasilah keluarga dari sebelah bapa sy untuk dikongsi bersama.Jika ditelusuri dari salasilah di atas, asal keturunan saya disebelah moyang Lungkadon.Lungkadon adalah anak kepada Tumunda dan isteri beliau bernama Yugo.Lungkadon bin Tumunda adalah anak tunggal mereka.Salasilah ini dicetak dari saudara ahmat ali....
Nak jadikan cerita/carta salasilah keluarga ni bukannya senang,kena usaha dan terus usaha.Rangkaian keluarga yg amat besar,dan hubungan yg terlalu rapat...kena org yg mahir dan tahu akan asal-usul nenek moyang dulu-dulu.Tidak boleh main hentam koromo saja,kerja ni perlukan kesabaran dan pengetahuan yg banyak.Boleh dikatakan kawasan tandek,kota marudu sahaja semuanya keluarga,ini tidak termasuk dikawasan pitas dan pendalaman tandek.Salasialah diatas hanyalah keluarga sebelah ibu kepada bapa sy sahaja dan belum lagi disebelah bapa kepada bapa sy.
adeh....klu nak dicartakan salasialah sebelah bapa kepada bapa sy lagi pening..jika dilihat dari salasilah diatas,ternyata keluarga dari sebelah ibu kpd bapa sy adalah org-org yg dari keluarga yg besar,hebat dan terkenal dari dulu hingga sekarang ini.Ini bermakna rangkaian keluarga terbesar sebelah bapa sy kekuatannya dari ibu beliau iaitu Undirin @ isim bt Lungkodon bin Tumunda.Lunkgodon adalah anak tunggal hasil dari perkhawinan Tumunda dan Yugo.
assalamualaikum
Friday, February 4, 2011
Salasilah keluarga sebelah bapaku,,,,,,,,,,,,,,,
Wednesday, January 12, 2011
HILANG SYUKUR APABILA DAPAT NIKMAT
Minggu ni tidaklah sesibuk seperti minggu lepas,aktiviti fizikal pun akan bermula minggu depan.Ahhhh dpt juga aku membuat sedikit coretan.....
Boleh berasa sedih dan tak selesa oleh musibah,tapi jangan pula hilang syukur apabila dapat nikmatnya.Kebiasannya macm tulah manusia,bila tersepit baru teringat....hidup ini macam-macam.Kalau tak macam-macam bukan hidup namanya.Apa saja yang kita nak buat,kalau memang kita nak buat jalan akan ada untuk kita.Samalah juga dengan seperti orang yang kalah perang bukan yang betul-betul tewas di medan perang,tapi orang yang langsung takut nak pergi perang.Keajaiban zaman kini bukan sang kelambai sumpah pelanduk jadi batu,tapi kita jem berbatu-batu,jem oleh benda yang sama,dan pada waktu yang sama.Bila kita senang mulalah kita lupa atau terlupa bersyukur padanya,kekayaan bukan semestinya duit,adakalanya kekayaan itu hati.Kita kena sentiasa rasa bagus supaya tindakan kita jadi bagus.Kita kena sentiasa rasa hebat sekali supaya matlamat kita sentiasa hebat.Kalau betul cintanya,seluruh tindakan akan jadi betul,kalau silap cintanya,diri jadi rosak...dan yang paling penting bersyukur seadanya.
Assalamualaikum............

Monday, January 10, 2011
Hamba pada tuhannya........
Hormat diri itu adalah satu pernyataan,syukur seorang hamba pada TUHAN-nya,sedangkan kutuk-kutuk diri,memang tak tahu diri.Hidup perlu bijak geng,kalau tak bijak banyak perkara baik yang dibuat rupanya jadi pasal untuk melibas kita.Yang lemah bukannya badan,tapi hati.Yang kuat pun bukannya badan,tapi juga hati.Pedulikan orang nak cakap apa,yang penting kita terus melangkah membina kecemerlangan dengan cara yang betul lagi halal.Orang mereng bukan semestinya orang gila,tapi orang yang tak gila,tapi buat kerja gila tentu mereng.
Jadilah macam serangga halus,berkerja cara halus,bertindak cara halus,berfikir pun cara halus,tapi hasilnya tak semestinya halus.Kalau nak barkira,memang tak terkira kita.Kalau labah-labah pun boleh hidup dicelah batu,kenapa kita tak boleh hidup diapit batu?Yang menarik itu apa yang berada di bawah salutan,sebab emas kalau berada di atas besi buruk,lambat-laun akan karat juga.
Assalamualaikum................

Saturday, January 8, 2011
Catatan awal tahun 2011
Diawal tahun 2011 ini agak sibuk jugalah,pelatih program latihan khidmat negara(PLKN) kump 1 siri 8 2011 baru melapor pada 2hb jan 2011.Seramai 370 pelatih berbilang bangsa,berbagai daerah juga yang berasal dari semenajung telah melapor untuk menjalani latihan PLKN.Seperti pelatih-pelatih yang lepas juga,ada diantara pelatih yang berwajah muram,resah,takut,sedih dan sebilangan kecil para remaja sahaja yang berwajah gembira.Resah kerana berada ditempat baru,takut kerana tidak tahu lagi apa akan berlaku,sedih kerana ada sebilangan remaja ini yang baru pertama kali berjauhan dengan keluarga dan gembira kerana bertemu rakan baru.
Berbagai kata-kata yang keluar dari mulut pelatih,agak melucukan juga sebab kebanyakkan perkataan yang didengar,jauh dari apa yang mereka sangkakan.Mereka menganggapkan yang mereka akan direkrutkan seperti tentera.Hahaha,lucu betul gelagat mereka.Sehinggakan ada seorang pelatih tu berkata kepada rakannya,"PLKN...(penatlah kau nanti"),dalam hatiku berkata"ehehe,pelatih lapor kerana negara"(PLKN).
Assalamualaikum.

Subscribe to:
Posts (Atom)