Friday, August 13, 2010

part 3

Pada 09/08/2010,pelancaran semarak merdeka dilancarkan didaerah Kota belud,dan pelatih PLKN dari kem Sinar Jaya Kota Belud telah dipertanggungjawabkan untuk membuat larian semarak merdekan melalui jalan yang telah diplankan dipekan kota belud.Seramai 4 orang pelatih yang terdiri dari 4 suku kaum terbesar dimalaysia telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin bacaan Rukun Negara yang telah disaksikan oleh perlimen P169,Datuk Abdul Rahman bin Datuk Hj Dahlan bertempat didewan masyarakat kota belud.

Terpancar wajah dan semangat cintakan negara sambil mengibarkan jalur gemilang dan laungan merdeka!!!!
,program sedemikian amat baik serta bertepatan seperti mana objektif yang telah digariskan didalam PLKN.Semangat cintakan negara,perkaumaan dan taat setia toliransi rukun negara dapat dilihat dan tercapai sekiranya program sedemikin terus dititik beratkan serta sentiman perkauman dapat dieratkan lagi.

Wednesday, August 11, 2010

Part 2


Walaupun ada pelatih yang tidak pandai membaca dan menulis,tapi ini tidak melemahkan semangat mereka untuk meneruskan latihan dan bergaul bersama rakan-rakan yang lain.Kerjasama daripada rakan-rakan yang lain juga membuatkan mereka tidak merasa rendah diri dengan kekurangan yang ada pada diri mereka,ini la yang dikatakan 1 Malaysia,1 hasrat,1 semangat dan 1 tekad.

Berbagai budaya dan berbagai bangsa mengeratkan lagi sesama para pelatih tidak kira yang miskin atau kaya,yang pandai atau tidak pandai demi 1 malaysia.Dengan cogan kata "BERKERJA SAMA DALAM 1 KUMPULAN"memberikan lagi semangat kepada para pelatih untuk bantu-membantu sesama mereka.Pada asasnya kesemua pelatih tidak tahu akan maksud sebenar tujuan mereka hadirkan diri dalam PLKN,ada sesetengah para pelatih menganggap mereka dipaksa untuk menghadirkan diri dan bermacam-macam lagi anggapan.Setelah sebulan berada didalam kem mula menampakkan kefahamaan serta minat dikalangan pelatih-pelatih,keseronokan terpancar diwajah mereka yang mengambarkan wajah-wajah 1 malaysia.