Pelatih Program Latihan Khidmat Negara siri7/kumpulan1/2010 mula melapor diri pada 02 jan 2010,pelatih-pelatih lepasan SPM ini akan menjalani latihan selama 3 bulan merangkumi modul fizikal dan kenegaraan.Betapa besarnya harapan NEGARA terhadap remaja masa kini dan hasrat untuk melahirkan REMAJA berdisiplin demi masa depan NEGARA.Program yang bermula dari tahun 2004 ini amat berkesan terhadap remaja,ini boleh dilihat dari aspek peningkatan pelatih yang sudah menjalani latihan mahu pun yang sedang menjalani latihan.Respon dari ibubapa serta para pelatih amat bersetuju dengan program ini menunjukkan betapa berkesan dan perlunya program ini diteruskan demi memupuk remaja berdisiplin.Saya salah seorang jurulatih PLKN juga ada membuat sedikit kajian tentang respon ibubapa yang datang melawat anak mereka yang sedang menjalani latihan,dan 95% peratus keputusan dari hasil soal selidik respon ibubapa amat bersetuju dengan adanya program latihan khidmat negara ini dan harus diteruskan demi mencapai wawasan negara.